Friday, November 4, 2011

PEMERGIAN ABAH TERCINTA BUAT SELAMANYA ..




Assalammualaikum ..

Pertama sekali saya sekeluarga mengucapkan ribuaan terima kaseh pada sesiapa yang menziarahi dan mengucapkan takhziah kepada kami semua. Hanya allah saja yang dapat membalas jasa baik kalian semua .
Dengan perasaan yang tidak terkata dalam hati ini untuk meluahkan ape yang di rasai. Saya rase redha atas pemergian seorang bapa yang sangat rapat dan di cintai telah ke ramahtullah pada 28/11/2011 pada jam 6.45 pagi jumaat bersamaan 1zulhijjah. Serta seminggu menjelangnye hari raya aidiladha.
Saya rase bersyukur kerana dapat mengadap abah sewaktu beliau menghembuskan nafas yang terakhir dan saya dapat menjagenye hinge ke akhir hayat beliau ketika sakit di hospital mahupun di rumah. Abah pergi dalam keadaan tidur tbe2 senyap selepas mendengar ucapan 2kali masyahadah yang di bacakan oleh abang saya. Kami semua redha atas pemergiannya kerana itu milik Allah s.w.t .

Pada 16/03/2011 petang, saya baru balik keje, saya tbe2 tengok keadaan abah hyang sesak nafas, dalam keadaan yang tidak tentu arah saya meminta pertolongan jiran lalu abah di kejarkan ke hospital atas bantuan ambulance terus ke HKL untuk dapatkan rawatan. Abah dimasukkan ke ICU koma selama 2hr pada khamis malam atas keperihatinan orang kampong dalam menyedekahkan bacaan yasin di surau tbe2 dengan kuasa allah abah tbe2 sedar dari koma. Kami rasa bersyukur dak selepas beberapa hari abah di tukarkan ke wad biasa.

Pada 19/09/2011 abah Nampak agak susah untuk bernafas lalu msuk hospital yang ke-2 kali selama 3hr kemudian keluar semula. Saya bersama Alan dan keluarga terus menemani abah di hospital. Terima kaseh abg, makcik n pakcik dating melawat .

Pada 07/10/2011 jumaat pagi abah terus dikejarkan ke HKL untuk yang terakhir kali atas sebab abah agak susah untuk bernafas dan pitam selepas keluar dari tandas. Doktor mengesahkan abah kekurangan gula dalam badan,darah putih kurang dan paru2 kuman.

Buat yang terakhir kali pada jam 6.45pg Jumaat 28/11/2011. Abah tbe2 tersenyap di katil selepas mendengar habisnya ucapan kalimahsyahaddah dari abang yang ke-2. Kami menghadapnya bersama disisi abah. Saya redha atas pemergiannye ke rahmahtullah dengan tenangnya..Alhamdulillah...

Itulah kitaran hidup manusia bahawasanya kite suatu hari nanti akan ke sana jua. Kita yang hidup perlu kuat dan teruskan hidup untuk menjadi tunggak kepada mak agar die tidak akan kelihatan sedih. Sepanjang abah sakit, paling yang tidak dapat dilupakan kata-kata yang dikatakan ialah “ Abah takot tak sempat tgk kau zila “ air mate trus jatoh hanye tuhan je yang tau betapa sedihnya untuk hadapi sendiri. Banyak pesanan yang abah tinggalkan kat kakak sbb kakak selalu bersama abah dan abah tau yang kakak selama nie menjaga kami semue dgn bertanggungjawab. Oleh sebab tu kepercayaan abah kuat terhadap kakak. Terima Kasih Ida .. Sangat sedih abah sempat berbincang dengan pihak lelaki sebelum tu tentang saya, tp akhirnya abah dah takde. Tu yang sangat meninggalkan kesan yang mendalam terhadap saya n Alan. Saya redha dan puas dapat jaga abah hingge ke akhir hayat beliau,saya sentiasa disisinya dalam susah senang sakit lelah suka dan duka. Alhamdulillah abah pergi dengan tenangnya.‘zila sayang abah sgt2’....

Pesanan pada yang mempunyai ibubapa,yang menjadi ibubapa hargai mereka sementara masih ade dan jaga curahkan sepenuh kasih sayang dan kesenangan ataupn kemampuan yang kite ade, tidak kira ibubapa sendiri ataupn ibubapa mentua. Sejahat2 mane atau sepahit2 mane pn mereka, tidak patut berdendam atau membenci sekalipn kerana tiadanye mereka tiadalah kite di muka bumi ini. Ingat.. !! Kerana kelak kite akan tua jgk akhirnya seperti mereka .. Nie adalah pengajaran dan pengalaman yang terjadi sepanjang hidup saya. :(

Sekian Terima Kasih.

~ AL-FATIHAH ~